Mutiara Kata...

* Apabila sempurna akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Aktiviti terkini...

MAC 01-08 Mac- Proses Pembelajaran seperti biasa dalam kumpulan baru.
03 Mac- Lawatan 1- tempat akan dimaklumkan nanti
09-18 Mac- Cuti Pertengahan Penggal Pertama
19-30 Mac - Proses Pembelajaran seperti biasa Akhir bulan akan dibuat ujian penilaian dan penyusunan kumpulan/kelas baru mengikut prestasi murid.
Akhir bulan akan dibuat ujian penilaian dan dan penyusunan kumpulan/kelas baru mengikut prestasi murid.
NOTA: Aktiviti tambahan akan dibuat, jika ianya bersesuaian dan dirasakan perlu
CARTA ORGANISASI TADIKA SESI PETANG




SABARIAH BT LAL MOHAMAD
( Penasihat & Pengusaha )

BISIKAN HATI :
Semoga Tadika dan Taska Anggun Ria berjaya melahirkan anak-anak yang berilmu, beriman dan berbudi bahasa. Terima kasih atas sokongan padu kepada semua ibu bapa. Segala teguran akan kami terima dan perbaiki di masa akan datang.



NORYANI BT MD NOR
( Guru Besar )

BISIKAN HATI :
Perkembangan menyeluruh kanak-kanak memerlukan institusi dan staf yang terlatih dan berpengalaman bagi melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keseimbangan dari segi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial. Oleh itu, Tadika dan Taska kami menjadi pilihan masyarakat setempat demi masa depan anak-anak mereka. Terima kasih semua.


USTAZAH NORLIAH BT KAMARI
( GURU KELAS AL- JANNAH )

BISIKAN HATI :
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting bagi melahirkan generasi yang berwawasan dan berakhlak mulia selaras dengan cogan kata " akhirat dicari, dunia di kejar ".



USTAZAH HAFIZAH BT RASHID
( GURU KELAS AL- RAUDHAH )

BISIKAN HATI :
Pendidkan awal dapat melahirkan generasi yang berilmu, berwawasan serta berpengetahuan agama hasil daripada pengajaran yang seimbang sekaligus melahirkan insan yang bertaqwa serta berjaya di dunia dan di akhirat.


USTAZAH ROKIAH
( GURU KELAS AL- HASANAH )

BISIKAN HATI :
Harta itu keperluan, Ilmu itu kemestian oleh itu guru dan ibubapa memainkan peranan sama penting dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang dihormati di dunia dan akhirat. Amin.



USTAZAH NOOR AZIAH
( GURU KELAS AL- HUSNA )

BISIKAN HATI :
Melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang serta beriman hasil dari pendidikan yang seimbang, berwawasan menuju gagasan 1 Malaysia.